amazing rite? inilah uia :) *ah sudah opening dah poyo T.T* oke nih bangunan rectory. apakah rectory? kalau kat u lain ada yang panggil HEP. tempat buat urusan rasmi gitu la *and tempat aku kena busted masa bday aritu* nak jgk gitau. kat cni ada tangga besar. ntahla knapa org panggil tangga besar T.T oh kat sini kalau malam2 best melepakkan diri. tempat merenung bulan dan bintang berpacaran. apekah T.T and tempat untuk bersyahduan bersama rakan. *apekah untuk kali kedua dalam perenggan ini T.T*
so, harini aku nak cecite skit pasal uia nih. kalau sebelum aku la maharani mengkomplen pasal uia. cam xpernah plak aku cita yang baik2 psl u aku nih *tobat dah ni tobat T.T*
alah. lupa lak nak gitau, yang gamba atas tuh kat main campus gombak yer adik-adik. so, kalau nak g citu amik la ha engin ke kaed ke irkhs ke bla bla bla. kalau nak jadi doktor, jumpa di kuantan eh! alahai. pjg sgt la intro aku T.T
setau aku uia nih byk gila kampus. yang sedah beroperasi sekarang ada kat gombak, kuantan, pj and nilai. pj and nilai akan berpindah ke kampus janda baik kalau xsilap laaaa. xtau la bile yer. dgr2 kaba nye xlama lagi la. amboi kampus baru la korang eh. xbest. xleh g mid. ngehaha. ok sadap T.T and ada satu main campus baru kat pagoh, johor yang rasanya tengah dibina la. dulu ada yang cakap bebudak engin pindah sana. tapi setakat yang aku tau, memang budak2 engin pindah sana tapi engin kos baru baru. nuclear la hape la memacam lagi la kos yang aneh2. *uia mmg aneh yer*
mungkin sebab internationality itu membuatkan uia sangat complicated. tapi kalau dah otai macam akak2 abg2 kat main campus, uia nih tempat bersuka ria sebenarnya. ye ke? haha. tade la. kira cam uia nih tempat belajar yang, ble la tahan. sama mcm u u lain. ada kelebihan tersendiri. u lain pon oke wat. malah lebih bagus berbanding uia, certain2 thing la. alah. pro n con biasak la tu.
kepada adik-adik yang berjaya memasukkan diri ke uia *amboi ayat* tahniah dan syabas. semoga bahagia di cfs!!!! hehe. cm xikhlas plak aku T.T tak tak. betul betul betul. cfs adalah tempat yang paling best untuk anda belajar mengenal diri sendiri. and kat ctu la korang build ur teammates. kawan2 kroni2 semua semua tu la. aku cita skit la psl cfs eh.
cfs nih ada kat pj n nilai. aku tau pasal pj je la sbb aku study kat sana. sekarang kat sana ada kos sains plus law. tuh yang aku tau laaa. sori kalau ada yang terlepas. masa batch aku, kitorang merupakah batch terakhir yang menggunakan struktur pelajaran lama. lepas batch kitorang, semua rombak balik. sbgai cth, math untuk engin ada 4 *masa batch aku* tapi lepas rombakan dorang kurang jadi 3 je T.T and bebudak yang dapat english level 5 n 6 dapat buat setahun sahaja manakala yang dapat lev 4 *lev 3 aku xsure* leh buat setaun setengah. gedix kan? ngehahah tape la untuk batch lepas batch aku tuh, korang sangat2 untung. leh la jimat masa untuk kawen kan T.T sudeyh. oh tetapiiiiiiiiiiiiiiii, lepas batch dorang tuh aku dengar dah rombak balikkkkk. hahahahahha. kenapakah? sebab ramai xdpt skor *nih aku dgr dari sumber yang bleh dipercayai la ye* so dorang decide untuk kembalikan zaman matrik 2 tahun tu. kira batch lepas batch aku tu batch experiment je la. haha. tape tape. untung gila kat sesapa yang berjaya lepas untuk setaun. hmmmm.
tempoh masa berada di cfs sebenarnya bergantung kepada level english and arab korang. yang paling penting english la sebab banyak level. camna nak tentukan level? hari pertama taaruf korang akan diuji dengan soalan2 maut. ready je la. otak2 yang dah berkarat tuh sila-sila la asahkan yer. soalan untuk english lebih kurang mcm muet. ala2 gitu le. yang pasti korang xleh malas2 masa jawab soalan2 tu. jangan sedih2 homesick ke ape ke!!! fokus betul2. jangan amik mudah tau. hahh. untuk arab plak, sesapa ada basic leh la try jwb. setau aku soalan dia senang je. tapi yang xde basic, sila tulis nama and bai bai. automatik masuk level2 :) tppppp, kelas arab sangat best. tak tipu :) english ponnnn. tuh aku cakap, xrugi masuk uia. kuar je jadi omputeh+arab. aku je yang spoil xjadi pape T.T oh lupa lak ada gak test tilawah. ke dah xde? haha. skrg byk ubah. so aku xleh la nak cite sume. kalau batch aku, siap ade computer test. hamek kau.
masa kat cfs jangan la main2 ye. jangan la rajin sangat g midvalley tuh. berdasarkan pengalaman. hahaha. lagipun korang hanya bleh kuar weekend+jumaat. soooo kira cam baru lepas dari kandang la kan. dahla dlm kampus cfs tuh sendri xde ape. ngehahaha. rajin2kan la diri join aktiviti2 kulliyyah ke, mahallah ke. jangan la malas2 yek. *nasihat aku macam tah pape kan T.T*
just nak igtkan la, uia nih kalau dari awal dah merungut, seksa la jiwa raga anda sehingga akhirnya. memang uia mementingkan moto kemerdekaan yang hakiki! *oke tu aku bwt sendri* maksud nya adalah semua benda korang kena buat sendiri. ada certain uni, dorang ada PA yang bleh tolong korang kalau ada masalah subject ke ape ke. tp kalau uia, paling2 dekat pun rasanya...ntahla T.T dahla semua benda kena wat on9. kalau musim nak register subject, kadang2 lebih haru dari final exam. kalau kat main campus, nak stay hostel pon berebut. bilik boleh pilih tapi sapa cepat dia dapat la. haru la kepada yang xdapat. kena wat manual. nasib baik ada manually kan? tapiiiiiiiiiii gua ckp sama lu haaa, klu rasa diri anda malas, manual memang susah. nak g carik lecturer lagi, kejar sana kejar sini. haha. teringat lak zaman2 aku dulu. mau nya sehari suntuk tunggu lecturer. tapiiii, satu je pesan aku, hendak seribu daya, xnak? seribu dalih la jawabnyaaaa :) kalau korang usaha, komfem berjaya. wah motivasi plak dah T.T
cecite pasal tuka kos plakkkkk. komfem ramai berminat. hahaha. aku bagi satu senario.
aku ada sorang junior yang dapat uia tapi kos sains hayat a.k.a bio sc. nih mesti gara2 ingat bio sc nih sama macam medic. tape tape bukan dia sorang je yang camnie. aku ada ramai kawan yang kes camnie dulu. salah sorang daripadanya rumet aku sendiri. haha. tapi korang janganla gundah gulana yeeer. bukan xleh nak g medic, boleeeeeeeeee je. dengan alasan, korang try tuka kos masa minggu taaruf. kalau result stret a tuh kacang je. insyaAllah dapat. pastu kalau xdapat gak. belajar gila2 masa 1st sem, and try tuka gak masa tu. depend ngn pointer gak. kalau ok, tade hal la nak tuka :) tp make sure alerttttttttt tau. and sentiasa bertanya. anddddddddddddd buat keputusan yang bijak. jangan la jadi cam aku hah. macam g holiday je g kaed tuh T.T haha. untuk sesapa nak amik medic, korang akan ditransitkan ke farmasi dulu. so jangan risau ye. bukan xleh jadi doktor kalau amik farmasi. sebab korang belajar benda sama je :) *nasib baik la rumet2 kawan2 aku berlambak yang amik benda2 nih* kalau kes engineering plak. aku rasa senang je nak masok. haha. tapi nak keluar senang jugak. mwahahahha. aku xleh lupa la kata2 sape tah, dean engin kot T.T once u in engineering, please be ready to suffer. terima kasih untuk kata-kata dorongan itu. kalau x, xjadi la kitorang macam sekarang. kan kan? hehe.
lagi satu jangan berat mulut. beranikan diri bertanya. kalau ada masalah jangan takut g jumpa orang atasan. dulu masa kes aku nak tuka kos xsetel2, sampai ke deputy dean aku serang. hahaha. tapi tuh la satu benda nanti korang belajar berani bercakap, berani keluar dengan pendapat sendiri. and ingat, uia, everything is in english. mwahahaha. korang bantai je la dorang xkesa pon asal berani cuba :)
2 tahun kat cfs tuh mcm2 la jadi nanti. tapi suma tuh nanti korang akan kenang sampai bila2. haha. nanti dah g main campus rindu la pulak ngan cfs, biasa la tuh. kat cfs nanti korang rindu kat sekolah plak. haha. tapi kalau dah kat main campus, lain pulak senario nya. kat main campus, korang akan berkelakuan seperti orang dewasa, most of the time. so, time to change :) jangan la berfikiran macam budak2 dah. merajuk ke ape ke *aik mcm xkena je* hahaha. ok sadappppp T.T
lagu kat cfs ngan main campus lain tau! *ntah pape la ko juju p cita pasal lagu pulak hah* hehe. xtau nak ckp ape dah :P aku suka lagu main campus. tuh yang nak gtau tuh. last nyanyi masa closing engitex haritu. ntah pasnie masa convo baru nyanyi balik lagu tuh. haha.
lupa plak nak ckp pasal academic calendar. kalau dulu, uia mmg pelik dari u lain. so, xyah la berangan nak bercuti bersama rakan2 lain. hahaha. tapi sekarang aku rasa dah oke skit kot. since untuk main campus pun dah ubah jadi sama ngan u lain walaupun ada lain skit dari segi bilangan hari untuk revision week. tapi bilangan hari untuk lectures still sama. hoho.
hah cita plak pasal kes saman menyaman. uia memang gemar menyaman kesalahan student. salah pakai kasut pun bleh kena saman *nih kat cfs dulu la* haha. jaga2 korang. ikut la dress-code yang dah ditetapkan oke. cfs nih masih mcm sekolah lagi. strict. hahaha. kalau main camp sempoi dah skit. hilang kunci pon kena saman. jangan main2 oke. haha. redi je la duit banyak2. sedekah amalan jariah :)
ape lagiiiii?
senang cita, dapat uia, masuk je la k. xyah pk pk dah. eh takkk. perlu pk jugak la. hehe. buat solat istikharah yer. jangan kelam kabut buat keputusan. jangan jadi macam saya. mwahahaha. insyaAllah, berkat usaha korang nanti, perit getir korang lalui *nah baldi* korang akan berjaya. being an IIUM student for 6 years. xakan sia2. insyaAllah. sebab korang bukan je belajar duniawi tapi juga ilmu akhirat. ngeee. tuh yg wat jaadi bertahun2 tuh. haha. oh btw, kos kat main campus semua 4 tahun yer. xde 3 tahun. so, xyah mimpi nak habis cepat. jangan compare dengan kawan2 korang yang amik matrik setahun. jangan compare dengan kawan2 korang yang amik diploma. hahhhh jangan compareeeeeeeeeee! sebab dah memang hakikatnya camtu. hahahahahah. *samil hentak2 kepala atas keyboard aku la tu aku la tuuuu!*
so kalau ada apa2 yang aku salah gtau, maap yerk. sila2 la komen. pastu semoga korang dapat faedah dari apa yang aku cakap. penuh bersemangat kan? hehe. proud to be an IIUM student. garden of knowledge and virtue. amboih.
so harini hari aku nak berjuang untuk register bm. hope dapat. dengar cerita ramai yang dapat kalau rsv. haha.
oke la. sampai ketemu nanti.
till then!
p/s: hold on to your words :)
p/s/s: i am so stupid coz reading last year's posts :(
p/s/s: i am so stupid coz reading last year's posts :(

No comments:
Post a Comment