BESTIES

Friday, June 10, 2011

aku hanya mampu tersenyum :)

kalau ikutkan terlampau banyak cerita BEST aku nak ceritakan sebab memang best pon. meh la aku cerita satu2 dari dua hari lepas. apa yang jadi eh?

8jun2011/rabu

pagi and petang mcm biasa. aku ada kelas tutor kul 5. siap kuiz lagi. tapi bantai je la. habis kelas cepat2 bersiap untuk ke uiapj malam nya. lepas maghrib terus gerak. naik keta free. haha. jalan jem. hujan pulak. tapi xpe sampai jugak. agenda? macam biasa. taaruf and sharing moments. keluar la segala sejarah hidup aku. tapi ntah kenapa. seronok pulak cerita sejarah hidup, hitam putih. haha. balik agak lewat. tapi oke je xkena pa2 pun. sampai2 bilik terus on laptop, redi untuk presentation esok harinya. pastu?

9jun2011/khamis

pagi tu aku TERskip calculus. terlajak tidur la pulak. sebab pagi tuh bangun sahur. lupa pulak nak set alarm. *alasan semata-mata* hahaha. dipendekkan cerita, aku g kelas bm je. presentation okey. puas hati. hahaha. habis kelas je terus balik and tuka baju and berambus dari uia lagi. agak2 dalam kul 630 aku sampai chow kit, jumpa kawan aku, and kitorang direct to ts. apa buat kat ts? cosmo world la bebeh. aku xtau la pulak budak ni nak main benda nih. tapi tape, aku pun boleh lepas gian. hahaha. so kitorang main la apa2 yang ada kat situ. tapi, cepat jugak la pancitnya. hahahaha. alih2 dalam kul 8 dah gerak balik hotel. makan2 suma, rehat, tidurrrr...

10jun2011/jumaat *hari sejarah*

bangun2 subuh mandi2 siap2 suma gi bfast. lepas bfast jer aku bawak la kawan aku jalan2. jalan punya jalan, sampai jugak jalan tar. hahahahha. hebat kan. kedai xbukak lagi, kitorang dah jejak kaki sana. tapi xbeli apa2 pun. balik hotel dalam kul 11 camtu. sampai hotel, makan2 suma, siap2 untuk cek out. dlm 230 dah cek out. amik taxi ke jalan tar. and start shopping2.

bila sampai satu kedai nih. lama jugak la kat sini. sebab memang rambang mata nak pilih baju. so, dekat sini la ada makhluk Tuhan nih yang buat kerja jahat dekat aku. tapi, takpe, sabar je la kan. nak buat mcm mana benda dah jadi. huahuaaa.

masa keluar dari arked tuh aku dah rasa lain macam. kenapa sling beg aku ringan? oh damn. wallet dah lesap rupanya T.T tapi alhamdulillah, aku boleh cool lagi. xgelabah2 pun. sebab ntah la. aku rasa mcm, hmmm. kalau aku gelabah2 pun aku xkan dapat balik wallet tuh. cool tapi sedih la weh :( kenapa?

tuh wallet kawan baik aku belikan dari australia. aku tempah khas tau :( siap survey kat ebay lagi. dahla murah. ori pulak. tuh la wallet yang aku sangat puas hati guna. hmmm. sorry eeing, i lost it :(

dalam wallet tuh ada dua keping cebisan duit seringgit yang telah dikoyak2, satu nya sejak 4tahun yang lalu, and satu nya lagi, lagi beberapa hari je nak genap setahun :( yang satu tuh duit kitorang 10 orang kawan baik, habis spm je terus merayap gi pizza hut. so kitorang decide utk koyak duit seringgit and bagi sorang satu. so within 5 years kitorang simpan duit tuh. sapa hilangkan, kena belanja. motif duit tu? nanti dah sampai masa nya, kitorang 10 orang jumpa balik, and sambungkan duit2 tuh. tapi sekarang aku dah hilangkan :( aku simpan skali dengan tiket bas tau x. tahun depan dah kena sambungkan dah. 26 november 2012. aku xdek :( huwa. and yang lagi satu bersempena dengan grup kawan2 baik aku jugak. hmm. sorry :(

i lost a LETTER too. surat tuh terkandung luahan isi hati aku masa sekolah dulu. alah masa sekolah kecik lagi kawan-kawan gaduh-gaduh biasa la. kawan aku bagi surat tuh kat aku balik. supaya aku ingat apa aku pernah buat dulu. tapi? hilang jugak.

dalam wallet tuh ada gambar jugak. gambar aku, akma, seha and umi. tuh gamba kitorang amik awal tahun nih dekat ts. aku letak dalam wallet aku. hmmm. hilang. ada jugak gamba lain. tapi semua gamba kisah lama. tapi? hilang. memang petanda suruh aku buang jauh2 kot.

duit raya tahun lepas ada lagi. hilang. 

tiket2 wayang yang aku rasa penuh bermakna dalam hidup aku, hilang.

and benda2 lain yang sewaktu dengannya. hmmm.

masa repot polis, xda apa pun yang jadi sebab akak polis tuh garang sangat :( 

masa nak block kad atm, uncle tuh macam marah je. dahla aku fobia dengan orang bangsa kau! hish.

ada pulak dia cakap aku salah cakap dengan operator. sepatutnya aku xperlu bagitau aku dekat bank cimb cawangan mana. mana la aku tau. bukan aku kerja kat sana. masalah korang, handle sendiri la. aku customer! sukati je nak tengking aku. pastu nak perli pulak. kang jadi dekat ko, padan muka. hah aku nah mendidih dah. pencuri tuh plak siap dah try nak keluarkan duit aku. mencuri pandai, nak teka no pin xreti. xpass lagi la ko. gi la masuk sekolah mencuri ko tuh balik. ntah mana ko campak wallet aku kan? hmmm.

aku xkesa hilang duit tuhhhhhhhhh. tapi aku sayang wallet aku and benda2 yang aku sebutkan tadi :(

kenapa perlu mencuri wahai manusia? ko tak rasa ke benda ko buat tuh xbaik? hmmm. memang sedia maklum la xbaik kan. ape la aku nih T.T takpe la. semoga ko dapat cahaya keinsafan la yer. dah2 la mencuri. kalau best pun sekejap je. nanti kat akhirat hilang semua.

memang awal2 tuh aku marah, geram. sangat2. terkeluar jugak kata2 kurang aja skit. tapi lama2 tuh ntah la. aku rasa sesak nafas. malas rasanya nak fikir dah. letih. Allah kalau nak duga kita, bila2 ja boleh kan? so, harini turn aku la. sebelum nih aku la peneman kawan2 aku g buat report. alih2 kali nih aku pulak kena. sebelum nih aku la dok bebel cakap dengan kawan2 aku supaya jaga beg elok2. hah padan muka aku. aku pulak kena skang. huk2. takpe la. pengajaran kan. hmmm. 

leceh la skit. kena gi wat ic la. aku nak buat kat putrajaya terus. kena siap cepat sebab kena buat kad bank lagi. final lagi 2 minggu. duit yang kawan aku bagi pinjam dah terlebih cukup dah. tapi, aku xsuka la pinjam2 duit ni :( hmmmm. marilah kita ikat perut beramai2. huk2.

hmmm. haih down la pulak T.T

tapi dalam kesedihan nih ada jugak gembira nya. dapat hang out dengan kawan baik lama2. seronok sangat2. kalau part tuh nanti2 la aku update lagi. ada gamba lagi :)

btw, i accepted to 10th IDC. akhirnya penantian berakhir. aku akan balik paling lewat 23 july :) nanti update lagi. 

till then!

p/s:  Ya Allah, berikanlah kekuatan yang abadi di dalam diri ini....

No comments: