BESTIES

Thursday, September 8, 2011

:)

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada RUSUK lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk DIMULIA, disayangi dan dicintai..


Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi..


Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa dirimu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA...

No comments: