Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan biar masa menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerna itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya...
pernah aku diduga dengan kata-kata mengapa perlu ada perasaan itu
aku cuma tertunduk mengenang kenapa dan kenapa
salahkah aku jika mempunyai perasaan itu?
mungkin
tapi aku tidak mampu menidakkan apa yang sebenar benarnya
hanya Dia yang tahu...
jika menyayangi seseorang, beritahu Dia. semoga Dia beri kita petunjuk. adakah wajar perasaan itu :)
dan bagi aku, perit getir jatuh bangun aku semuanya kerana Dia. dan atas dorongan beliau, dulu. aku bangkit lagi. jadi, beri aku 10 sebab, kenapa perlu diri ini membenci beliau?
malu benar pada Tuhan. sampai sekarang belum boleh aku tepis perasaan itu. ya Allah. berikan aku petunjuk. aku mohon..
No comments:
Post a Comment