“
Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang dosa dosa lalu.
Sisa kejahilan dulu, saat hati gelap itu.
Saat dunia lebih menarik minatku.
Saat Al Quran cuma dibaca bila terasa mahu.
Saat alunan muzik lebih menenangkan hatiku.
Saat suruhan Allah bagai cuma angin lalu.
Tiada takut yang menyinggah, tiada gentar yang berlabuh.
Bagai terlupa Izrail kan datang menjemputku.
Bagai terlupa pedihnya azabMu.
Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang tabarrujku, ikhtilat itu.
Semua dilaku tanpa sekelumit malu.
Dan semua itu menjauhkan aku dariMu.
Pasti Kau kecewa. pasti Kau murka.
Tapi Kau tetap beri nikmatMu padaku.
Tapi Kau tetap selalu ada untukku.
Tapi Kau tetap mengharap ampunan dari hambaMu.
Aku cuma hamba hina. yang terlalu banyak dosa.
Yang hanya celik dimata tapi dihati buta.
Maafkan aku ya Allah!
Syukur aku padaMu
Kau campakkan sinar Hidayah itu
Kau temukan bahagia ketenangan itu.
Kau temukan sahabat yang mengerti rasa di qalbu.
Kau beri nikmat kesedaran itu.
Mentarbiyah diriku, melembutkan hatiku.
Menyedarkan aku, mendekatkan aku padaMu.
Membuat aku mahu perbaiki cara hidupku.
Semoga aku terus bertahan. istiqamah. bukan mudah mahu berubah. terlalu banyak ujiannya. bantulah aku ya Allah..
”
semalaman berfikir, muhasabah mungkin. dan rasanya sudah tiba masa untuk aku tinggalkan semua kisah dongeng itu dan kembali ke alam realiti. ketawa sendiri rasanya bila ingat balik. aku yang dah hampir nampak ada cahaya itu tiba tiba kembali dalam kegelapan dek kerana takut diri tertinggal jauh. kalau dulu aku tak kisah tinggal jauh, kenapa tak sekarang kan? kenapa bersemangat cakap biar Dia tentukan semuanya tetapi alih alih aku yang makan kata kata sendiri? hahaha. at least aku takdalah desperate sangat sampai nak hebohkan perkara nih kat laman sosial lain. wohoo. tapi kenapa masih rasa kurang yer? mungkin kurang sokongan. hmm.
thanks to you :) mun sikda kitak, rasa kedak hanyuttttt dah. when u told me, if no one trust me anymore, you are the exception. thanks. rasa kedak hanyut rah sungei pun ada masa ya. haha apa ka nak? maka benda remeh jak pun. bena padah kitak, sapa diam dengan kamek jak tauk gine idup kamek and perubahan kamek. cha, rindu kitak. benar :( sob sob *awal pagi dah tacing nakpahalkahahahaha!
okeh dah. bai bai lah kisah dongeng. kepak dah mok ngarang cerita dalam palak otak dikpun. sikda oleh apa. hehe. dolok ngarang ngarang dapat lah juak oleh walaupun nang dongeng abis lahhh. hahaha cali juju. malu nar asa. hmmm. eh. malu ku eh. tauk sik asa malu nok rasa mun bleh napuk muka lam aik ka siney siney sak orang sik perasan dah muka kawu. hahaha. ngek. *nang pelik alu la cara ya =.=
bah bah. mesti ngato strategi lok supaya sikda tangan gatal mok kenjar kenjar nekan older post orang sik tentu pasal pasya makan ati dikpun nak? hahaha. gus ku layan grey's. best juak. eh lupak mok raya. molah biskut jaklah :D
bai bai.
till then~
p/s: mok tauk betapa super secretive nya aku? ahaha sampei kinek lom ada tauk kenak aku macam tok. hemoh hemoh~
p/s/s: sik sabar nya mok start blaja. wuwuwuwuw.
No comments:
Post a Comment